Monday, 25 June 2012
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.)
Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad.
Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang.
Penjualan Saham
Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu.
Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu.
Organisasi Syarikat
Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital).
Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya
Kelebihan
Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham.
Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham.
Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan.
Kekurangan
Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai.
Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan.
Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat.
Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun.
Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.
Friday, 15 June 2012
Isu Perkahwinan 09
View more PowerPoint from arizal
Monday, 11 June 2012
Labels:
majlis konvoku..
Thursday, 7 June 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)