Thursday, 12 July 2012

kelebihan puasa

selamat menyambut ramadhan al-mubarak

assalammualaikum w.b.t.. salam sejahtera.. salam 1 Malaysia..

bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana pada pagi Jumaat yang mulia ini, kita masih bernyawa di dunia ini. Tidak lama lagi, kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Kita akan menyambut puasa pada 1 Ramadhan ( 1/7/2012) bersamaan hari Sabtu..

penyalahgunaan internet

Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini.
INTERNET kini menjadi medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia malahan ia turut menjadi medium pilihan rakyat Dunia sebagai satu cara baru dalam berkomunikasi dan juga bakal menjadi medium komunikasi utama dunia tambahan pula ‘talian telefon internet berasaskan IP‘ semakin popular dewasa ini.
Kewujudan internet banyak juga pro dan kontranya terhadap masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khasnya. Kini di Malaysia Internet menjadi ‘medium penyampaian’ baru apabila kebanyakkan pemimpin menggunakan platform blog untuk menyampaikan maklumat termasuklah Perdana Menteri Malaysia sendiri yang juga turut menggunakan blog sebagai medium penyampaian.
Pelajar Sekolah Di Kafe Siber
Pelajar Sekolah Di Kafe Siber
Penulis tidak nafikan memang banyak kebaikkan penggunaan internet tetapi adalah tidak adil jika kita sekadar membincangkan kebaikkan tetapi tidak membincangkan keburukanya. Terlebih dahulu penulis bukanlah ‘anti internet’ tetapi penulis lebih kepada untuk membimbing ibu-bapa agar dapat membimbing anak-anak mereka menggunakan internet untuk jalan-jalan yang lurus.
Pelajar sekolah hari ini adalah antara pengguna internet di Malaysia. Sekiranya di rumah mereka tidak ada kemudahan internet mereka akan ke kafe siber untuk mendapatkan kemudahan internet jadi kebanyakkan mereka sudah terdedah kepada penggunaan internet.
Portal-portal sosial seperti Myspace, Friendster, Hi-5, Tagged, Facebook dan bermacam-macam lagi yang wujud umpama cendawan tumbuh selepas hujan telah menjadi kegilaan pelajar-pelajar zaman sekarang maklumlah dunia sudah serubah zaman sudah maju.
Selain daripada portal-portal sosial, permainan komputer atas talian (Online Games) turut menjadi kegilaan pelajar sekolah masa kini. Antara permainan komputer atas talian yang popular adalah Risk Your Life 2 Incomplete Union, Cabal SEA, FiFa Online dan bermacam-macam lagi.
Penyalahgunaan internet dikalangan pelajar sekolah semakin membinbangkan dewasa ini terutamanya membabitkan pelayaran laman web berunsur lucah yang turut menjadi kegilaan pelajar masakini. Paling mengejutkan apabila penulis membuat tinjauan di Kafe Siber sekitar Kota Bharu, Kelantan Pelajar Sekolah seawal darjah empat sudah terdedah dengan laman web lucah apabila penulis secara tidak sengaja terlihat kumpulan pelajar sekolah terbabit melayari laman web lucah di sebuah Kafe Siber berdekatan dengan bangunan PKINK.
Mungkin menyedari tindak-tanduk mereka diperhatikan penulis cepat-cepat mereka menutup laman web tersebut. Pada mulanya penulis membiarkan sahaja mereka tetapi atas dasar ingin tahu, penulis cuba bertanya mereka tentang ‘umur mereka’ kesemua mereka adalah pelajar darjah empat sebuah sekolah rendah yang berdekatan.
Di samping itu, semasa mahu pulang penulis terserempak dengan dua kumpulan pelajar sekolah yang ‘bertengkar’ dan saling memarahi antara satu sama lain. Penulis cuba memasang telingga untuk mengetahui sebab mereka bertengkar, akhirnya tahulah penulis bahawa mereka bertengkar mengenai ‘item permainan atas talian Risk Your Life Incomplete Union’ yang hilang dan mereka menuduh satu kumpulan lagi yang bertanggungjawab mencuri item tersebut.
Nampaknya, permainan atas talian itu menjadi punca pergaduhan mereka ini bermakna permainan atas talian itu secara tidak langsung mengajar pelajar-pelajar bertindak ganas.
Selain daripada itu, bahasa-bahasa yang digunakan semasa permainan itu dijalankan juga tidak sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pelajar kerana ada yang mencarut, ada yang menyumpah dan ada juga yang mengungut. Penulis tidak nafikan kebanyakaan perkataan lucah telah disekat oleh penyedia permainan atas talian tersebut, namun mereka tetap mencarut dengan menggunakan perkataan yang tidak mampu dikesan oleh pengesan perkataan buruk permainan itu dengan menambahkan aksara-akasara tertentu seperti ****.

adat budaya perkahwinan masyarakat melayu

Masyarakat Melayu sememangnya kaya dengan budaya serta adat resam. Setiap golongan masyarakat mempunyaigayatersendiri dalam menjalankan tradisi serta adat budaya masing-masing. Antaranya adalah adat perkahwinan Melayu yang sehingga kini menjadi tradisi serta turun temurun sejak dahulu lagi.
Bermula dari upacara merisik, bertunang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan. Tidak kira di desa mahu pun di kota, upacara serta adat istiadat yang sama pasti ada. Hal ini menunjukkan betapa simboliknya adat perkahwinan Melayu di dalam sesebuah komuniti.
Merisik
Kebiasaannya ibu bapa bakal pengantin lelaki akan menghantar wakil untuk merisik si gadis sama ada sudah berpunya atau belum dengan membawa sebentuk cincin belah rotan. Majlis ringkas ini tidak rasmi dan mungkin berlangsung hanya dalam masa yang singkat sebagai menghantar tanda dan bertanya tentang si gadis pujaan hati. Namun ada juga majlis merisik ini dibuat pada hari yang sama iaitu pada majlis bertunang.
Bertunang
Selepas mencapai kata sepakat dan menetapkan tarikh untuk mengikat tali pertunangan, rombongan pihak lelaki akan datang ke rumah si gadis dengan membawa hantaran dan sebentuk cincin tunang. Jumlah hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki akan dibuat dalam angka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan.
Contohnya jika pihak lelaki membawa lima dulang hantaran, maka pihak perempuan perlu membalas sebanyak tujuh dulang. Antara barang hantaran yang sering dibawa untuk majlis bertunang adalah manisan, sirih junjung, sepersalinan, kuih muih serta barang keperluan lain. Semua barang hantaran akan didekorasi indah mengikut tema yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Dalam adat resam masyarakat Melayu terdapat dua jenis pertunangan yang masih diguna pakai sehingga hari ini iaitu:
  • Pertunangan yang dilakukan oleh ibu bapa kedua-dua pihak sewaktu anak mereka masih kecil dan ini tidak memerlukan penghantaran tanda. Cukup sekadar melalui lisan menandakan mereka ingin menyatukan anak mereka apabila dewasa kelak.  Hal ini berlaku mungkin kerana ikatan persahabatan yang terjalin agak erat antara ibu bapa dan dengan mengikat tali pertunangan untuk anak mereka mungkin akan dapat merapatkan lagi ikatan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama.
  • Pertunangan mengikut wasiat salah seorang ahli keluarga atau ibu bapa yang telah meninggal dunia. Biasanya wasiat ini akan disampaikan oleh ahli keluarga yang masih hidup atau pun saudara mara terdekat.
Rewang
Rewang bermaksud gotong royong sebagai persiapan menjayakan sesuatu majlis terutamanya majlis kenduri perkahwinan. Mengambil contoh adat Negeri Sembilan, sebelum majlis rewang akan diadakan pertemuan atau mesyuarat di rumah pengantin perempuan untuk pembahagian tugas yang akan diaturkan oleh Buapak selaku ketua rewang.
Pembahagian tugas ini adalah untuk memastikan semua perjalanan majlis berlangsung dengan teratur mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Berinai
Inai merupakan salah satu tanda simbolik dan menjadi penyeri untuk bakal pengantin. Biasanya inai akan dipakai oleh pengantin perempuan di kesemua jari tangan dan kaki dengan sedikit dekorasi indah dibahagian atas tapak tangan dan dibelakang tapak tangan juga dibahagian kaki.
Bagi pengantin lelaki 3 jari sudah cukup menandakan yang si jejaka sudah berpunya dan telah melangsungkan perkahwinan.
Adat bercukur
Tidak lengkap kiranya jika di dalam adat perkahwinan Melayu tiada adat bercukur. Bercukur ini adalah pelengkap syarat buat pengantin perempuan. Kebiasaannya mak andam akan mencukur anak-anak rambut, membentuk kening dan membaca doa untuk menaikkan seri wajah pengantin.
Akad nikah
Majlis akad nikah kebiasaannya akan diadakan di majlis berdekatan dengan kediaman. Majlis ini akan menyaksikan kemuncak perkahwinan dimana pengantin laki akan diijabkabulkan dengan permaisuri hatinya mengikut syariat Islam. Dalam akad nikah ada beberapa syarat, rukun dan kewajipan yang perlu dipatuhi iaitu:
  • Persetujuan kedua belah pihak
  • Izin dari wali
  • Saksi-saksi yang adil dan bijaksana
  • Mahar (mas kahwin)
  • Lafaz Ijab danKabul
Berarak & Bersanding
Ini adalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua tetamu yang ada. Tibanya waktu kemuncak iaitu majlis berarak dan biasanya akan diikuti dengan paluan kompang dalam suasana yang sangat meriah. Barang hantaran akan dibawa keluar dan pengantin perempuan akan keluar untuk menjemput pengantin lelaki dan seterusnya menuju ke pelamin indah untuk duduk bersanding. Acara tepung tawar dan merenjis akan dijalankan dan waktu ini ibu bapa, sanak saudara dan sahabat handai sudah pastinya tidak akan melepaskan peluang.
Bertandang
Majlis bertandang ini adalah majlis keramaian terakhir yang akan diadakan untuk meraikan pengantin atau dengan kata lain majlis menyambut menantu. Majlis ini akan diadaka di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan diperkenalkan dengan seluruh sanak-saudara dan kaum keluarga pengantin lelaki supaya mereka saling mengenali antara satu dengan yang lain.

Thursday, 5 July 2012

Aku sekadar suka-suka untuk join Festival Pengantin.. Ini adalah pengalaman pertamaku join Houture Couture Contest sempena Festival Pengantin Malaysia pada 1/7/2012.

Ada juga kelebihan aku join event tu, selain dapat beramah mesra anta talent-talent, MUA.. Disamping itu, aku dapat membuat survey bagi persiapan perkahwinanku akan datang..

Aku pertama kalinya ye jd talent couple.. Tunangku sentiasa memberi sokongan.. Dia juga menjadi my photorapher on that event..







Monday, 25 June 2012

P3120 - Bab 6 Artikel persatuan
SYARIKAT AWAM BERHAD (BHD.) Ciri-ciri Syarikat Awam Berhad adalah agak sama dengan ciri-ciri Syarikat Sendirian Berhad. Perbezaannya adalah dari segi pemilikan perniagaan. Tiada hadnya bagi mereka yang ingin bagi Syarikat jenis ini. Menurut peruntukkan undang-undang, dihujung setiap nama Syarikat Awam Berhad mesti ditulis nama "Berhad". Pemegang saham bebas menjual dan membeli saham dipasaran saham tanpa memerlukan persetujuan dari sesiapa. Pekara-pekara lain seperti penubuhan, pendaftaraan syarikat, agihan keuntungan dan jangka hayat adalah sama seperti Syarikat Sendirian Berhad. Syarikat Awam Berhad juga adalah di bawah takluk Akta Syarikat 1965, dan mempunyai sifat-sifat yang sama. Sesebuah Syarikat Sendirian Berhad yang telah berjaya dan ingin menambahkan ahli-ahlinya iaitu lebih daripada 50 orang hendaklah mengubah bentuknya daripada syarikat sendirian berhad kepada syarikat (Awam) Berhad (Public Ltd. Company) Bilangan ahli Syarikat Berhad ini tidak terhad tetapi hendaklah sekurang-kurang tujuh orang. Penjualan Saham Syarikat Berhad boleh memepelawa orang ramai membeli sahamnya. Tetapi sebelum berbuat demikian, satu panduan rancangan (prospectus) hendaklah disiapkan dan diluluskan oleh Pendaftar Syarikat dan disiarkan diakhbar-akhbar tempatan untuk menerangkan kepada orang ramai kedudukan sebenar syarikat tersebut dan menyebutkan rancangan-rancangan yang hendak dibuat serta anggaran pendapatan dan tahunan syarikat ini mestilah disiarkan di dalam panduan rancangan tersebut dan Pengarah-Pengarah yang berkenaan adalah bertanggungjawab atas segala butir-butir yang terkandung di dalam panduan rancangan itu. Pengarah-Pengarah, Pegawai-pegawai Syarikat dan lain-lain pihak yang berkenaan boleh didenda di Mahkamah jika panduan rancangan ini mengandungi butir-butir yang palsu. Syarikat berhad yang kecil tidak perlu mengeluarkan Prospektus. Apa yang diperlukan ialah Statement in Lieu of Prospectus yang telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. Saham Syarikat Berhad ini juga boleh dijual-beli melalui pasaran saham (stock exchange) dengan syarat keahlian syarikat ini tidak terhad kepada mana-mana satu bangsa atau kaum. Sebelum itu Syarikat tersebut hendaklah mendaftar dirinya dengan Pasaran Saham tersebut dengan bayaran-bayaran tertentu. Organisasi Syarikat Organisasi syarikat berhad adalah sama dengan syarikat Syarikat sendirian berhad iaitu ia mempunyai Lembaga Pengarah yang memegang teraju syarikat. Penubuhan Cara-cara menubuhkan syarikat dan bayaran penubuhan syarikat berhad adalah sama dengan syarikat sendirian berhad iaitu mengikut modal yang dibenarkan (authorised capital). Walaupun demikian, adalah diingatkan bahawa kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 ke atas syarikat berhad adalah lebih rumit lagi daripada yang dikenakan ke atas syarikat sendirian berhad. Salah satu daripadanya ialah syarikat berhad dikehendaki memajukan imbangan kira-kira tahunannya yang diaudit bersama-sama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Mereka yang ingin menubuhkan syarikat ini adalah dinasihatkan supaya menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad terlebih dahulu dan sesudah syarikat itu berjalan dengan baik dan perlu menambahkan modalnya Kelebihan Saham syarikat boleh dijual beli melalui Pasaran Saham. Syarikat boleh mempelawa orang ramai untuk membeli saham. Lebih mudah untuk mendapat pinjaman daripada Institusi-institusi Kewangan. Kekurangan Bilangan ahli atau pemegang saham yang terlalu ramai. Sukar untuk mengekalkan suasana dan perhubungan yang rapat dan baik di antara pihak pengurusan dengan kakitangan dan juga di antara pemegang saham dan pengurusan. Lebih rumit untuk diuruskan dan kehendak-kehendak Akta Syarikat 1965 yang lebih ketat. Diperlukan memfail kepada Pendaftar Syarikat penyata kewangan yang beraudit bersama dengan laporan tahunan pada tiap-tiap tahun. Berbagai jenis cukai yang kena dibayar.

Monday, 11 June 2012

saat yang paling manis dalam diriku adalah dengan jayanya aku dapat menghabiskan diploma secara separuh masa. walaupun ia mengambil masa yang lama, tetapi aku tetap gagah mengharunginya.. aku agak sedih kerana semasa aku konvokesyen, arwah atok tidak bersamaku.. aku amat sayang arwah atok keranan atok & nenek yang menjaga & mendidikku dari kecik sehingga aku berusia 18 tahun.. sedih memang sedih kerana semasa aku konvo, arwah atok baru sebulan lebih pergi ke rahmatullah.. aku amat sayang sangat2 gan arwah atok.. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Thursday, 24 May 2012

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: “Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13 Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan. 1. Wahai Anakku yang ku sayangi… Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT. 2. Wahai anakku yang ku sayangi… Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah. 3. Wahai anakku yang ku sayangi… Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat. 4. Wahai anakku yang ku sayangi… Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman. 5. Wahai anakku yang ku sayangi… Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 6. Wahai anakku yang ku sayangi… Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT 7. Wahai anakku yang ku sayangi… Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan. 8. Wahai anakku yang ku sayangi… Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat. 9. Wahai anakku yang ku sayangi… Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan. 10. Wahai anakku yang ku sayangi… Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Sunday, 20 May 2012

kenangan manis yang xdpat kulupakan adalah dapat ftoshoot bersama tersayang pada hari ibu yang lalu.. walaupun kami photoshoot untuk suka-suka.. tapi pengalaman tersebut tidak dapat dapat dijual beli.. LOVE U MAMA " PUAN ROUSNAH BT HAMID"

Tuesday, 15 May 2012

syok yer tengok presentation kengkawan malam ni... menarik giler.. jelos plak rasanya.. jap lagi turn kumpulan kami plak.. tajuk kuih tradisional..

Friday, 4 May 2012

HARI INI AKU DATANG LAMBAT BAGI KELAS GANTI KOMPUTER.. TETAPI AKU CUBA BLH KEJAR APA YANG DIPELAJARI MEMBER2 AKU YANG LAIN.. WALAUPUN DALAM KEADAAN YANG MENGANTUK, TP AKU CUBA BELAJAR DENGAN BERSUNGGUH2..

Thursday, 26 April 2012

time for edit my group word task..


nampak simple but it's complicated.. hope we can do our best for that task... jumaat (27/4) adalah due date..

Friday, 20 April 2012


Kerja berpasukan

Ciri-ciri utama kerja berpasukan

Dalam dunia pengurusan moden dan korporat, 80 peratus syarikat yang tersenarai di Fortune 500menggunakan konsep kerja berpasukan. Antaranya ialah Toyota, General Electric dan FedEx.

Bagaimana kita dapat menerangkan populariti kerja berpasukan ini?

Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.

Memahami dan mengenal pasti ciri-ciri kerja berpasukan boleh membantu pengukuhan organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat empat ciri utama kerja berpasukan iaitu:

1) Usaha kolektif

-Ahli dalam organisasi mesti memahami dan berkongsi pandangan tentang hala tuju dan matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi.
-Menyedari peranan dan fungsi masing-masing boleh memberi motivasi kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam setiap peranangan dan tindakan yang telah diputuskan.
-Bekerja bersama-sama boleh dicapai jika usaha kolektif dijadikan sebagai prinsip bekerja kerana semua kekuatan dan seumber dapat digembleng ke arah pencapaian matlamat yang satu.

2) Positif

-Setiap anggota organisasi harus melihat kerja berpasukan sebagai peluang bagi pencapaian matlamat, memenuhi keperluan hidup dan menyediakan sokongan sosial ketika berlaku krisis.
-Melihat dari perspektif positif dapat mewujudkan kejelekitan sesama ahli kumpulan seterusnya kuasa sinergi yang menggerakkan organisasi ke arah prestasi yang maksimum.
-Kesepaduan di antara peranan ahli dan prestasi akan menggalakkan idea yang lebih kreatif dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat.

3) Kerjasama

-Tidak semua anggota organisasi benar-benar mamahami peranan yang diamanahkan kepada mereka. Ini kerana terdapat di antaranya yang lebih suka bekerja bersendirian.
-Cabaran besar organisasi bagi menarik perhatian anggotanya ialah mendedahkan peluang yang bakal dinikmati jika bergerak secara berkumpulan. 
Di peringkat awal, komunikasi yang lebih kerap sesama ahli dapat meningkatkan 'espirit de corp' untuk mereka saling kenal-mengenal seterusnya memahami aspirasi organisasi.

4) Saling lengkap-melengkapi

-Setiap anggota ada peranan masing-masing mengikut kepakaran.
-Pengkayaan ilmu dan peningkatan prestasi akan lebih terserlah jika setiap anggota menyumbang kemahiran dan kepakaran masing-masing.
-Proses lengkap-melengkapi di dalam organisasi akan mewujudkan integrasi yang lebih kukuh dan menjadi teras kepada kejayaan yang lebih besar.


Bagaimana kerja berpasukan dapat diaplikasi?

Kerja berpasukan melibatkan anggota-anggota organisasi yang bekerja bersama-sama ke arah matlamat yang sama. Organisasi pelajar di universiti adalah salah satu kelompok yang terurus dan sentiasa diberi bimbingan. Kemahiran dan pengalaman yang diperoleh dalam setiap program boleh membantu mereka menjayakannya pula dalam organisasi sebenar yang lebih mencabar, dinamik dan kompetetif.

Memahami organisasi dan bagaimana ia beroperasi adalah syarat asas kepada kecemerlangan kerja berpasukan. Setiap organisasi yang dibentuk, sama ada kecil ataupun besar mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai. Elemen-elemen seperti penetapan matlamat, struktur, peranan dan penggunaan sumber yang cekap mesti difikirkan oleh anggota-anggota di dalam organisasi supaya setiap perancangan yang telah dipersetujui dapat dijayakan.

Model organisasi yang diguna pakai semasa di universiti boleh diserap ke dalam organisasi sebenar kerana kaedah operasinya tidak jauh berbeza. Kebanyakan organisasi moden hari ini menekankan pendakatan demokratik iaitu memberi ruang yang luas kepada komunikasi dua hala dan membuat keputusan bersama.

Pengalaman terlibat dalam kegiatan kurikulum sebenarnya banyak membantu para pelajar merasai sendiri betapa pentingnya kerja berpasukan. Justeru, mereka yang terdedah dengan kegiatan ini dilihat berpotensi besar untuk menjadi anggota organisasi yang cemerlang dan maju kehadapan kelak.

Bagi memudahkan organisasi pelajar di universiti menggunakan kemahiran mereka dalam organisasi sebenar, perkara yang mesti dikenal pasti ialah menentukan jenis-jenis kerja berpasukan yang ada dan biasa dipraktikkan.

Terdapat empat bentuk kerja berpasukan iaitu kumpulan pasukan pemandu, kumpulan penyelesaian masalah, kumpulan pengurusan kendiri dan kumpulan silang fungsi.

1) Kumpulan Pasukan Pemandu

-Tujuan kumpulan ini adalah untuk melaksanakan usaha penambahbaikan atau menyelesaikan masalah khusus yang wujud di dalam organisasi.
-Isu-isu penting seperti agihan kuasa, membuat keputusan, kepimpinan dan interaksi tidak menjadi masalah besar kerana ianya jelas dan mudah.

2) Kumpulan Penyelesaian Masalah

-Anggota dalam kumpulan ini berkongsi idea atau cadangan untuk meningkatkan proses kerja mereka.
-Gerak kerja setiap ahli kumpulan sangat fokus kerana tema perbincangan berkisar kepada kaedah meningkatkan kualiti, menambah kecekapan dan menceriakan suasana persekitaran kerja.
-Saiz anggota kumpulan di antara 8 hingga 10 orang dan mereka bertemu untuk membentangkan semua idea yang dikenal pasti seterusnya bergerak ke arah pencapaian matlamat organisasi.

3) Kumpulan Pengurusan Kendiri

-Hampir 70 peratus syarikat dalam Fortune 1000 mengguna pakai jenis pasukan kerja ini.
-Kaedah pelaksanaannya adalah tanpa ketua tetapi setiap anggotanya bertanggungjawab menyelesaikan tugas khusus yang diamanahkan.
-Kumpulan ini diberi kebebasan bergerak, memilih anggota sendiri dan masing-masing boleh menilai prestasi kerja tanpa ada halangan.

4) Kumpulan Silang Fungsi

-Kumpulan ini dianggotai oleh mereka yang berada dalam hirarki yang sama tetapi berbeza dalam bidang kepakaran atau kemahiran. Semua ahli dikumpulkan untuk menyelesaikan tugas khusus.
-Kelebihan kumpulan silang fungsi ialah pertukaran maklumat berlaku dengan cepat, menjana idea-idea baru, menyelesaikan masalah dan memberi ruang kepada penyelarasan tugas-tugas yang mencabar.
-Bagi setiap anggota kumpulan, cabaran utama ialah memberi kepercayaan dan kesediaan untuk berkongsi kepakaran.
-Kumpulan jenis ini banyak diguna pakai dalam industri automatif.

Teras kerja berpasukan dan dunia organisasi

Memahami perubahan ke atas organisasi menjadikan setiap elemen yang membentuk organisasi menjadi semakin penting. Sebagai contoh, Haji Samuri terkenal dengan Sate Kajang. Melalui proses transformasi yang dilalui dalam penghasilan produk dan kerja, jenama Sate Kajang sudah sebati dengan Haji Samuri.


Kejayaan beliau dikaitkan dengan pengurusan operasi iaitu kaedah yang diguna pakai untuk mereka bentuk, mewujudkan operasi dan kawalan ke atas sumber untuk diberikan kepada pelanggan. 

Proses transformasi yang dimaksudkan ialah satu proses di mana organisasi mencipta nilai-nilai yang terdapat pada input dan ditukarkan kepada output (hasil).

Organisasi hari ini berkembang daripada sebuah entiti yang kecil kepada konglomerat yang besar dan kompleks. Bagi mempastikan organisasi ini terus berkembang dan kompetetif, budaya kerja adalah teras kepada kejayaan kerja berpasukan ini.


Syarikat-syarikat multinasional dari Jepun, Korea dan Jerman sentiasa menerapkan budaya kerja yang positif. Budaya kerja 5S umpamanya, telah menjadi satu kemestian dalam organisasi seluruh dunia dan tidak lagi hanya diamalkan di Jepun.

Bagi istilah yang lebih menarik, budaya kerja ini disebut sebagai budaya korporat yang melambangkan identiti dan hala tuju organisasi. Budaya korporat Matsushita Electric ialah:

-Berkhidmat kepada negara melalui industri
-Keadilan
-Harmoni dan kerjasama
-Perjuangan ke arah kebaikan
-Bersopan dan berperikemanusiaan
-Penyesuaian dan penyerapan, bersyukur

Asas kepada kejayaan kerja berpasukan ialah organisasi harus mempunyai budaya kerja masing-masing supaya kepercayaan, nilai dan norma yang dikongsi oleh semua anggota kumpulan dapat memacu kejayaan yang lebih cemerlang.

Budaya korporat yang difahami dan dikongsi bersama juga berfungsi sebagai pendorong anggota organisasi untuk menghapuskan sifat-sifat negatif seperti malas bekerja, tidak peka dan reaktif. Secara tidak langsung, anggota organisasi yang enggan memajukan diri, bermuka-muka, lembab dan tidak tidak berkesan akan diketepikan.

Budaya kerja mempunyai kesan ke atas prestasi organisasi yang benar-benar ingin merealisasikan matlamat penubuhannya. Antara kesan tersebut ialah:

-Budaya kerja mempengaruhi struktur operasi dan produktiviti. Memberi penekanan kepada nilai-nilai yang diingini dalam organisasi dapat merangsang anggota pekerja untuk menyerlahkan potensi diri mereka.
-Membantu mewujudkan matlamat pensosiolan di kalangan anggota pasukan seperti kerjasama, jujur dan komunikasi terbuka.
-Kepercayaan organisasi dan iltizam moral menentukan bentuk dan moral organisasi. 


Produktiviti yang tinggi adalah satu contoh pencapaian yang cemerlang setelah penyerapan budaya kerja yang terurus dan terancang dilakukan. Kepercayaan terhadap nilai-nilai yang disepakati dapat menyuburkan kesedaran berganda kepada setiap anggota bagi mencapai matlamat bersama.

Isu dan cabaran kerja berpasukan

Kerja berpasukan tidak secara automatik meningkatkan produktiviti atau prestasi kerja. Jadi, apakah yang menjadi isu dan cabaran bagi membentuk kerja berpasukan yang berkesan?

Pakar pengurusan, Peter F. Drucker pernah menyifatkan trend berpasukan ini semakin menurun kerana kerja secara pasukan menjurus kepada kekecewaan. Maksudnya ialah kerja berpasukan ada kalanya tidak perlu kerana bagi sesetengah keadaan, keputusan yang diambil oleh seorang lebih baik dan berkesan.

Pandangan seperti ini boleh mempengaruhi ramai orang kerana kesannya ke atas keberkesanan kerja berpasukan. Bagaimanapun banyak kajian yang mengaitkan kerja berpasukan menjadikan prestasi kerja lebih baik sekali gus menolak anggapan Drucker sebelum itu.

Membentuk sebuah pasukan kerja yang benar-benar mantap adalah cabaran paling besar bagi kewujudannya. Terdapat sembilan cabaran besar yang menjadi halangan kepada setiap anggota organisasi untuk merealisasikan kejayaan mereka.


Cabaran utama dalam kerja berpasukan ialah memberi kefahaman kepada anggota organisasi. Ini kerana matlamat yang difahami sahajalah yang mampu menggerakkan seluruh fikiran dan tenaga pasukan bagi menjayakannya. Ia juga menyemai komitmen yang bersepadu dan sanggup berkorban.

Individu yang cekap atau mempunyai tahap kompetensi yang relevan dengan tugas dapat menyumbang kepada kerja berpasukan yang lebih cemerlang.

Mewujudkan kepercayaan yang dikongsi bersama adalah umpama berhadapan dengan duri-duri di atas jalan. Kesusahan, kesakitan dan turun naik semangat kerja diukur dengan tahap integriti, watak dan bentuk komunikasi di antara satu sama lain. Komunikasi yang berkesan boleh memberi panduan kepada anggota organisasi bagi mengurangkan salah faham, merangsang kejelekitan dan cepat bertindak balas apabila berhadapan dengan sebarang masalah.


Kepimpinan berkesan amat diperlukan oleh organisasi khususnya ketika menghadapi situasi sukar. Pemimpin mengembalikan seluruh operasi organisasi pada landasan yang betul, memberi harapan kepada ahli, meningkatkan keyakinan diri setiap orang dan meniup semangat merealisasikan potensi diri. Kepimpinan berkesan bukan hanya menunjukkan arah atau mengawal sebaliknya berperanan sebagai fasilitator atau pembimbing.

Cabaran terakhir kerja berpasukan ialah mewujudkan suasana kondusif yang membantu perkembangan organisasi. Ia termasuk menyediakan latihan, insentif, penghargaan dan sumber-sumber yang merangsang pencapaian prestasi kerja.
Rumusan
Kejayaan organisasi tidak lagi dikaitkan secara langsung dengan prestasi individu. Malahan kejayaan demikian dilihat sebagai fungsi sempurna sebagai sebuah organisasi atau sebuah pasukan. Bagi menyerlahkan prestasi ini, setiap anggota mesti berupaya berkomunikasi secara terbuka dan jujur di antara satu sama lain, berani menghadapi konflik dan bersedia menerima perbezaan pendapat.

Kerja berpasukan yang mantap seringkali dibayangi oleh individu yang mempunyai pencapaian luar biasa. Jawatan presiden atau setiausaha tidak lebih daripada pembimbing atau pemudah cara kerana dalam organisasi, setiap orang mempunyai peranan masing-masing. Mereka bekerja, berfikir dan bertindak kerana yakin kerja berpasukan dapat menyelesaikan banyak masalah.

Thursday, 12 April 2012

Dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam isitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

Tuesday, 10 April 2012

hari ini merupakan hari pertama  ku masuk ke makmal komputer di Universiti Kebangsaan Malaysia di Chow Kit..

Pusing-pusing aku dibuat yer sehingga terpaksa tanya orang akan lokasinya..
Tunggu punyer tunggu kawan2ku..
Rupanya depa dah penuh dlm lab.. Aku sorg2 jer kat luar.. Malang sungguh nasibku hari ni..

maklumat peribadi


Assalammualaikum w.b.t. dan selamat malam..

buat pertama kalinya, saya membuat 1 blog yang khusus untuk aplikasi komputer..

maklumat peribadi saya :

Nama : Rosniza bt Rozaini

Umur : 25 tahun

Tempat Tinggal : Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Pekerjaan : Pembantu Tadbir Kewangan

Majikan : Polis Diraja Malaysia

Hobi : Membaca novel

startercreate new blog..